Friday, August 19, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Baik Untuk Lelaki

Alkisahnya saya terjumpalah satu artikel ini dari komuniti blog. Bagi saya ia satu artikel atau berita yang menarik untuk dikongsi terutama kepada lelaki. Artikel ini sebenarnya telah diterbitkan setahun lalu menerusi Utusan Malaysia tetapi saya fikir masih ada yang tak tahu. Jadi saya ingin jadikan satu posting menarik untuk blog saya kali ini. Artikel ini adalah mengenai kesihatan lelaki. Jika inginkan kesihatan yang terus terpelihara, para lelaki dinasihatkan untuk selalu bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik.

Ya, benar, berdamping bersama wanita cantik akan berikan kesihatan yang baik untuk lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron & kortisol lelaki. Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan & m'beri tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun & b'kurang seiring pertambahan usia & tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat2 saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua2 hormon ini sama2 meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat. Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil & diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron & kortisolnya. Di sinilah satu fakta menarik ditemui.

Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus. Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus. Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik & memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua2 hormon tersebut.

Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar. Itu adalah penjelasan saintifik yang diberikan tentang bagaimana kesihatan lelaki boleh terjamin dengan adanya wanita cantik di samping seperti gadis2 Sarawak yang cantik-cantik belaka. Saya berkesempatan ke Sarawak dan saya dapati gadis2 Sarawak memang lemah lembut dan halus mulus :) Untung la sape dapat gf cantik kan, lagi untung kalo dapat isteri cantik dengan solehah sekali, bile la leh saya dapat macam tu, hehe :)

No comments: