Saturday, August 27, 2011

Diam Itu Emas

Tidak jelas memang siapa yang mencetuskan kalimah bijak ini pertama kalinya, namun harus diakui gemanya telah berkumandang ke mana2. Bagi kebanyakan orang berkomunikasi diertikan sebagai berbicara, padahal kita tahu, bahawa komunikasi lebih luas dari sekadar berbicara. Diam pun adalah salah satu cara berkomunikasi yang terbilang efektif dan memiliki impak maut. Seseorang boleh menyimpan marah dalam diamnya. Tidak kira lelaki atau wanita kadang menghukum orang lain, biasanya pasangan kita melalui sikap diam kita. Seorang ibu dalam sikap diamnya dapat membuat perubahan anaknya yang nakal. Semua contoh di atas membuktikan bahawa diam memiliki kekuatan. Hari ini jika anda memulakan hari yang baru, ingatlah bahawa dalam diam ada kekuatan yang dahsyat. Jika Anda tak tahu apa yang harus Anda katakan, maka sebaiknya Anda diam. Jika Anda tak yakin dengan apa yang akan Anda katakan, diamlah ! Jika atasan Anda memarahi Anda, sebaiknya Anda diam, berbicara/ membantah hanya akan membuat dia lebih marah, akibatnya. Anda boleh kena kesannya. Jika pasangan mulai marah2, kendalikan emosi anda dan diamlah. Tunggulah saat yang tepat untuk meluruskan masalah yang ada. Bahkan, jika Anda merasa tahu tentang sesuatu, namun tidak ditanya, maka tetaplah diam. Silent is Gold.

No comments: