Saturday, August 27, 2011

Cara Memilih Niche Blog

1. Blog Peribadi
Blog Peribadi biasanya dijadikan semacam diari kehidupan sesorang blogger itu. Kebanyakkan mereka menceritakan mengenai kehidupan seharian mereka dan ada juga yang mengeluarkan sebarang pendapat mengenai isu semasa di blog mereka. Sebuah blog peribadi biasanya sukar mendapat trafik yang tinggi, tetapi apabila kredibiliti diri mereka telah terbina dan mula dikenali maka tidak hairan sebuah blog peribadi juga mampu mendapat trafik yang tinggi. Lebih2 lagi jika blogger tersebut merupakan seorang yang terkenal seperti seorang artis, ilmuwan mahupun usahawan.

2. Blog Perniagaan
Korang boleh membina sebuah blog perniagaan internet sendiri contohnya menjual tudung, baju, kasut dan sebagainya secara online. Korang juga boleh menghasilkan dan menjual E-Book yang berkualiti tinggi. Tetapi mungkin persaingan semakin bertambah sekarang ini dan korang perlu mencari idea untuk menjual barang yang tidak banyak persaingan dan mendapat permintaan yang tinggi. Contoh blog perniagaan online memang banyak kan.

3. Blog Informasi
Blog informasi amat diminati sekarang ini kerana ramai pengguna internet yang dahagakan informasi2 menarik, terkini dan kreatif. Ada yang mencari informasi sekadar suka2 dan ada juga yang mencari informasi untuk kepentingan diri atau untuk membantu menyelesaikan sebarang tugasan. Dengan blog informasi, blogger boleh mendapat trafik yang tinggi jika mereka pandai untuk mempromosikan dan mengaplikasikan teknik SEO kepada blog mereka.

4. Blog Komuniti
Korang juga boleh menghasilkan sebuah blog untuk sesebuah persatuan ataupun komuniti tertentu. Kebanyakan persatuan dan komuniti sukar untuk mendapatkan ahli dan dengan kemudahan internet, blog dan Facebook ini ianya manjadi mudah bagi mereka untuk mempromosikan persatuan mereka itu. Dengan blog juga, blogger boleh meletakkan ruangan forum untuk para ahli komuniti tersebut berbincang dan menyuarakan sebarang pendapat untuk kepentingan komuniti.

No comments: