Thursday, August 18, 2011

Bersedia Untuk Windows 8

Setelah sekian lama tak post dekstop screenshot baru, hari ni tergerak untuk buat entri pasal desktop punya sreenshot. Sebelum ni dah lama tak ada sebab tak ada apa2 benda yang baru, setiap hari mengadap desktop yang sama. Sekarang semua orang tengah sibuk mengikuti perkembangan OS terbaru dari Microsoft, Windows 8. Microsoft pun dah keluarkan preview bagaimana rupa dan operasi Windows 8. Ramai juga developer yang kreatif mencipta atau design aplikasi untuk buatkan Windows 7 sekarang menjadi Windows 8. Visual style dah berlambak kat devianART yang popular dengan Metro UI. Kali ni saya ingin berkongsi bagaimana untuk jadikan Windows 7 anda sekarang menjadi seakan2 Windows 8.

Windows 8 Start Screen kononnya :-


Mungkin ramai dah tahu dan dah gunakan Rainmeter bagi menggantikan Windows 7 punya default sidebar gadgets. Untuk customize desktop anda menjadi ala2 Windows 8 Start Screen, Rainmeter diperlukan. Lepas tu anda perlukan Omnimo 4 sebagai rainmeter punya skin yang boleh digunakan untuk start screen. Itu sahaja…

No comments: