Bas ini dibuat dengan kerjasama sekumpulan pelajar Delft University of Technology di Belanda yang memiliki kecepatan sehingga 210 km/h. Bas ini mampu memuatkan sebanyak 30 orang penumpang dan dijana oleh tenaga letrik. Bas ini terbuat daripada bahan aluminium dan serat karbon.Dengan menggunakan tenaga dari Bateri Lithium-Polimer yang dihasilkan dari sepasang motor letrik, mampu menghasilkan tenaga maksimum 400 kuasa kuda. Projek Bas mesra alam ini diketuai oleh Wubbo Ockels, Antonia Terzi dan Joris Melkert dan juga sepasukan pelajar di Belanda yang sedang menyelesaikan tahap pengembangan prototype pertama. Wubbo Ockels juga merupakan angkasawan pertama Belanda, sedangkan Antonia Terzi adalah merupakan bekas anggota pasukan F1 BMW-Williams di bahagian Enjin, manakala Joris Melkert adalah salah seorang anggota Projek NUNA 3, iaitu Projek Kereta tenaga suria terpantas di dunia. Superbas ini rencananya akan di gunakan di Dubai, UEA.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment