Wednesday, August 24, 2011

Asus Rog : Laptop Gamer

Rog adalah notebook berkuasa tinggi dikhaskan kepada pengguna yang suka bermain permainan 3D yang mencabar dari segi paparannya yang berkualiti tinggi malah dari segi lain juga seperti 3D audio dan keupayaan pemproses. Sekali kita lihat dari segi paras rupanya nampak seperti model laptop gamer dari keluaran dell iaitu alienware. Itu tidak heran kerana masih banyak lagi jenama komputer yang mengadakan model laptop gamer sebegini, cuma yang bagus atau sebaliknya. Sudah semestinya ciri2 yang jauh lebih baik bagi laptop Asus Rog ini dari segi graphic card yang cukup mantap NVIDIA GEFORCE GTX dan tidak lupa juga Memori graphicnya tinggi. Rog mempunyai ciri2 yang cukup memuaskan seperti graphicnya mencecah sehingga 1.5GB untuk memproses paparan VGA atau graphic yang berkualiti serta menghasilkan 3D yang mencabar. Lagi menarik disertakan dengan cermin mata 3D untuk digunakan apabila bermain game. Memori RAM yg terdapat pada note rog ini : DDR3 1333/1066 MHz SDRAM. Intel core i7 adalah pemproses yang paling penting bagi laptop jenis sebegini tambahan lagi keupayaannya tertumpu kepada kebolehannya memproses dengan cekap.

No comments: