Kajian oleh Nielsen baru2 ini memperlihatkan Android merupakan sistem operasi nombor 1 di US. Apple iOS menduduki tempat ke-2. Kajian yang berakhir pada Jun 2011 mencatatkan 39% dipegang oleh Androis OS manakala Apple iOS memegang 28%. Namun begitu, jumlah keseluruhan bagi Android dikongsi oleh beberapa pengeluar smartphone yang menggunakan sistem operasi Android. Apple iPhone merupakan satu2nya smartphone yang menggunakan Apple iOS. Angka ini jelas menunjukkan Apple masih lagi menguasai dari segi pasaran smartphone tidak pada sistem operasi. Jika kita lihat dalam pasaran Android sendiri, HTC merupakan pengeluar smartphone yang terbesar menguasai 14% dari jumlah 39% pegangan Android OS dalam pasaran. Ini diikuti dengan Motorola dengan 11%, Samsung dengan 8% dan lain2 dengan 6%. HTC juga menguasai 6% pasaran WindowsPhone dan sekali gus mencatatkan 20% dan menjadikan HTC pengeluar kedua terbesar di US selepas Apple. RIM untuk BlackBerry tidak menunjukkan peningkatan yang berkesan dan hanya mampun mencatatkan 20% pegangan sistem operasi dalam pasaran US. Symbian OS juga tidak berjalan dengan lancar, sebaliknya menunjukkan penurunan yang ketara dimana hanya 3 peratus sahaja berjaya dicatatkan.
Wednesday, August 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment