Sekarang saya nak menulis mengenai apakah itu perkomputeran awan. Dan saya akan menerangkan mengikut kefahaman saya mengenai isu ini. Jika ada yang lebih arif yang membaca entri ini dan maklumat mengenainya tidak tepat. Sila maklumkan kepada saya balik. Perkomputeran awan (PA) adalah satu teknologi yang mudah dan ringkas. Ianya dibina melalui beberapa rangkaian komputer atau pun rangkaian storan antara satu sama lain. PA juga boleh digunakan sama ada di atas talian (Online) atau pun di luar talian (Offline). Jadi pengguna PA tidak memerlukan hardware atau software yang banyak untuk menggunakannya.
Untuk menjayakan PA ini, setiap rangkaian yang dibina memerlukan komputer atau storan yang kukuh dan luas untuk menampung jumlah para penggunanya yang ramai. Perlu diingatkan bahawa pengguna untuk PA ini terlalu ramai. Perkomputeran awan di luar talian sebagai contoh, di dalam sebuah organisasi misalnya Syarikat ABC yang mempunyai lebih kurang 100 orang pekerja. Kemungkinan 70 peratus daripada pekerja syarikat ini menggunakan komputer. Manakala syarikat ABC juga perlu mengawal semua data2 syarikat supaya ianya terjaga dan memudahkan pekerja lain.
Jadi mereka memerlukan sebuah storan yang luas untuk menampung data2 tersebut. Untuk menggunakan konsep ini. Syarikat tersebut memerlukan rangkaian Local Area Network atau Intranet. Jadi pekerja didalam Syarikat sahaja boleh mengakses data syarikat. Bagaimana dengan perkomputeran awan di atas talian ? Perkara ini sangat mudah dan hampir semua pengguna internet seluruh dunia menggunakannya. PA di atas talian memerlukan korang hostkan data korang ke dalam tempat yang menyediakan perkhidmatan storan di dalam talian.
Contoh paling mudah adalah Facebook. Ya ! Korang biasanya memuat naik (Upload) gambar korang di dalam Facebook. Dan setelah muat naik selesai, maka gambar korang selamat di simpan di laman Facebook. Tempat lain untuk menyimpan data adalah seperti penyedia storan percuma atau berbayar. Kebiasaannya ramai menggunakan penyedia storan dengan menggunakan akaun yang percuma. Namun akaun percuma mempunyai batas2 tertentu dan selalunya menyediakan ruang storan yang sedikit. Dan jika pengguna mahu mendapatkan lebih storan, pengguna perlu membayar dengan kadar harga yang ditetapkan. Antara penyedia storan di atas talian adalah Dropbox, Mediafire, Box dan sebagainya.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini. PA tidak memerlukan spesifikasi yang canggih dan storan yang besar untuk pengguna. Namun penyedia yang mahu menawarkan konsep ini memerlukan spesifikasi yang canggih dan storan yang besar. Kesimpulannya, semua data kita tidak berada di dalam simpanan kita. Iaitu dalam simpanan dalam hard disk, pendrive yang berada dengan kita. Semuanya berada di awangan tanpa sebarang kerisauan apabila komputer kita mengalami masalah. Segala contoh yang diberikan tidak semestinya tepat berkaitan dengan perkomputeran awan, ianya cuma untuk memudahkan korang memahami konsep apa yang ada pada PA ini.

No comments:
Post a Comment