Wednesday, August 24, 2011

Antara Orang Berilmu & Orang Beriman

Sudah lama agaknya saya tidak mengajak para pembaca blog ini, berpikir sejenak . Pada kali ini saya ingin mengajak anda dan diri saya sendiri berpikir sejenak berkaitan Antara Orang Berilmu & Orang Beriman.

P
erbezaan Antara Orang Berilmu & Orang Beriman :-
Orang yang berilmu, berpengetahuan dan juga beriman, dapat membezakan yang masa satu adalah perkara yang betul dan yang masa satu pula perkara yang salah. Pada masa yang sama, mereka juga berusaha melaksanakan kebaikan dan benci kepada kemungkaran. Orang yang berilmu, berpengetahuan tetapi tidak mempunyai iman, dapat membezakan perkara baik dan buruk. Malangnya, mereka tidak berminat hendak melakukan kebaikan dan membiarkan sahaja diri terjerumus dalam kemaksiatan. Orang yang tidak berilmu tetapi beriman, adalah mudah diperdayakan. Namun, dek kerana hatinya mempunyai iman, timbul hasrat di jiwanya untuk menimba lebih banyak pengetahuan agar kesilapan yang lalu tidak berulang. Orang yang tidak berilmu dan tidak pula beriman, adalah golongan yang mudah ditipu, mudah ditindas, dan mereka tidak pula berhajat untuk mencari ilmu pengetahuan. Malah, mereka juga adakalanya menghalang niat orang lain untuk menambah ilmu di dada.

Pandangan personal saya pulak iaitu :-
Golongan orang yang berilmu tetapi tidak beriman, dirasakan adalah golongan yang cukup berbahaya. Mereka menyalahgunakan ilmu mereka untuk kepentingan peribadi, ingin mendapat nama dan bermacam2 lagi. Jadilah orang yang berilmu serta beriman, insyAllah ilmu akan dipandangan mulia, jangan salah menggunakan ilmu kelak akan binasa diri anda, di dunia anda dapat menunjuk kepandaian, kelak diakhirat masyAllah hanya Allah S.W.T maha mengetahui dan akan disoal kemanakah anda menggunakan ilmu, adakah ianya memberi manafaat buat diri anda dan sekalian manusia.

Berlainan pula bila hidup kurang berilmu :-
1. Dunia akhirat peroleh malu.
2. Siapa tua tak tahu malu.
3. Halal dan haram tidak tahu.
4. Agama menjadi gurau senda.

No comments: