Sambil cari2 di google, saya terjumpa info mengenai apa itu SCAM. Apa yang saya tahu hanyalah SPAM. SPAM adalah email2 sampah yang mana kita tidak kenal penghantar email tersebut. SCAM adalah satu penipuan yang dilakukan oleh peniaga2 atau usahawan internet yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Contoh yang paling ketara yang boleh digelar SCAM adalah Skim Cepat Kaya yang menawarkan pulangan wang yang banyak dalam masa yang singkat. Itulah pentingnya mempunyai identiti sekiranya berniaga secara online. Jika pengguna tidak kenal penjual, pasti kes-kes mudah tertipu akan terjadi. Jadi, sebagai pengguna, kita hendaklah kenal terlebih dahulu mereka yang menawarkan pakej-pakej lumayan supaya kita tidak tertipu. Apa yang saya buat, saya hanya membeli produk dari orang yang saya kenali. Beliau juga dikenali di serata tempat. Jika tanya orang lain, pasti ramai yang kenal. Saya juga sedar bahawa, untuk mendapat kepercayaan pengguna kepada peniaga internet ini bukannya senang. Umpama ungkapan, “Tak kenal, maka tak cinta”.
Monday, August 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment