Teknologi maklumat & komunikasi merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat dunia hari ini. Siapa yang tidak tahu tentang Facebook, Twitter, Yahoo! Messengger, GMail dan seterusnya ? Hampir setiap orang memiliki akaun perkhidmatan di atas. Tidak kiralah apa2 sahaja bentuk instrumennya, kesemuanya berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam pada itu, ada segelintir individu yang menggunakan TMK untuk membuat onar atas kepentingan tertentu. Kadang-kala ada orang yang tidak dikenali cuba mengganggu kita. Atau, saudara mahu mencari teman yang sudah lama tidak diketemui. Ada cara bagaimana mahu mencari maklumat seseorang yang ingin dikesani : 1. Google Images : Aplikasi Google ini lazimnya digunakan untuk mencari gambar. Boleh juga kalau mahu mencari seseorang dengan meletakkan emel, nama atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan individu tersebut. Kalau bernasib baik, jumpalah orang yang dicari. 2. PIPL : Carian menerusi nama, lokasi, alamat emel dan nama samaran di PIPL. 3. Wink : Lebih kurang sama juga seperti PIPL. 4. Facebook. Bilangan pengguna Facebook semakin bertambah hari demi hari. Tidak mustahil jika ketemui di sini. Jika saudara punya cara tersendiri mencari maklumat peribadi seseorang, jangan lupa beritahu di saya.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment