Apa corak permainan pimple anda ? defend chopper/attacker/allround control/sekali sekala guna pimple pada BH. Bermula dari corak permainan barulah kita pilih getah pimple yang sesuai. Pimple lembut/perlahan lebih sesuai untuk permainan defend chopper & allround control. Pimple keras/laju lebih sesuai untuk attacker. Untuk sekali-sekala guna pimple, getah apa2 pun sama sahaja :). Untuk pemain defend chopper & allround control, anda perlu mahir blocking banyak jenis stroke seperti bola drive, spin dan paling utama bola loop. Anda perlu mencari partner yang boleh bantu anda berlatih bersama. Anda block, dan rakan anda pula menghantar bola drive, spin dan loop secara berulang-ulang.
Ini akan meningkatkan refleks, timing dan paling penting sudut bukaan anda terhadap bola yang berbeza-beza ini. Untuk pemain attacker pula, tiada masalah untuk menggunakan pimple panjang atau pendek. Tiada istilah tidak boleh kerana akhirnya ia bergantung kepada teknik seseorang itu. Cuma ada perbezaan ketara kepada kedua-dua jenis pimple ini. Jika anda gunakan pimple pendek, bola anda lebih laju dan mudah dikawal. Pemain yang dahulunya pemain getah licin akan rasa lebih serasi dan mudah menggunakan pimple pendek ini. Jika anda menggunakan pimple panjang, bola agak perlahan dan memerlukan timing dan tenaga yang lebih untuk menyerang menggunakan pimple panjang.
Digalakkan menggunakan pimple panjang dengan span nipis 0.1-0.8 supaya lebih laju sedikit. Jika tidak, pastikan bat anda adalah jenis OFF, OFF+ ataupun OFF++. Walaupun agak susah, namun kesannya lebih kuat berbanding pimple pendek. Ini kerana kesan/effect wobble pada batang pimple panjang mengganggu pihak lawan yang hendak menahan/block bola attack daripada anda. Biasanya pimple panjang yang digunakan untuk permainan attacker adalah jenis keras. Apa yang membezakan pemain pimple mahir dan separa mahir ? Jawapannya Teknik dan Kemahiran menahan/block bola pihak lawan (Drive/spin/loop). Selalu yang menjadi masalah kepada pemain baru getah pimple adalah terbawa-bawa teknik getah licin ke dalam permainan getah pimple.
Contohnya, spin bola dengan kecondongan bat 45°. Ini menyebabkan bola serta merta turun ke bawah net. Sepatutnya sudut bat perlu lebih dibuka. Contoh kedua ialah pemain baru getah pimple sentiasa chop/backspin semua bola yang datang menggunakan getah pimple yang ada samada pemain tersebut menggunakan pimple pendek atau panjang. Ini merupakan tabiat atau teknik yang tidak betul walaupun bola tersebut masuk. Teknik yang berkesan apabila menggunakan pimple pendek adalah dengan cara drive bola tersebut. Ingat ! sentiasa drive bola tersebut. Jangan chop ! Jika bola datang agak rendah/nipis , anda perlu mengangkat dengan sederhana tinggi.
Cukup2 untuk mengembalikan bola ke meja pihak lawan. Bola yang dikembalikan menggunakan pimple pendek ini adalah laju dan menurun secara drastik dan ia adalah berat ! Kerana bola akan menjadi chop/bottom spin apabila diambil secara drive. Itulah kelebihan menggunakan pimple pendek. Teknik yang berkesan untuk menggunakan pimple panjang pula adalah dengan cara menggesek/rub bola ke kiri atau kanan semasa mengembalikan bola kepada pihak lawan. Ini menghasilkan effect wobble/getar kepada bola dan menyukarkan pihak lawan mengembalikan atau menyerang bola tersebut.
Jika bola yang datang agak rendah/nipis , anda perlu gesek/rub dan angkat bola secara side spin samada kanan atau kiri. Ini menyebabkan bola bergetar kuat dan bola tidak boleh diserang dengan mudah. Jika kedua-dua teknik pimple pendek dan panjang ini dapat dikuasai, maka ia boleh digunakan semasa blocking bola attack yang sederhana laju. Dimana, kita boleh mengesek dan drive bola yang datang dan mengembalikan bola dengan kuasa wobble yang menyukarkan pihak lawan untuk terus menyerang. Dan kemungkinan besar, kita dapat menguasai perlawanan dan memeningkan pihak lawan.

No comments:
Post a Comment