Nama pun manusia, takkan lari daripada masalah. Melainkan kalau korang orang gila. Ahaks. Kalau ada masalah melanda, apa tindakan korang ? Ya, ramai di antara kita yang cari seseorang (Biasanya kawan baik) untuk kita luahkan masalah kita. Supaya stress yang kita tanggung dapat dikurangkan. Seterusnya, untuk dapatkan pandangan dia jalan keluar bagi masalah tersebut. Untuk entri kali ni, saya nak ajar bagaimana untuk jadi seorang pendengar yang setia. Nak dengar masalah dairpada kawan-kawan pun kena ada skill yang berkesan. Tips menjadi seorang pendengar yang berjaya ikuti langkah berikut :-
1. Tegakkan posisi badan anda
Sekiranya korang duduk berdepan, tegakkan badan korang. Beri tumpuan kepada setiap apa yang dikatakanya. Supaya menunjukkan korang serius untuk dengar masalah dia. Dia pun akan lebih semangat untuk cerita.
2. Tidak mencelah
Masa dia tengah luahkan masalah dia, pastikan korang bagi dia habiskan semua ayat dia. Jangan 'potong' dan terus bagi solution semasa dia tengah layan feeling dok cerita masalah dia tu.
3. Ulang percakapan dia
Ulang kat sini bermaksud, ambil sikit daripada ayat dia dan tanyakan balik. Contohnya : "Owh, kau tak dapat jawab soalan tu ? Pastu apa jadi ?" Method ni penting untuk menunjukkan korang faham dan focus dengan setiap apa yang disampaikannya.
4. Tanya penyelesaian yang dia fikirkan
Kesilapan ni paling ramai orang buat. Jangan terus-terus bagi penyelesaian kat masalah dia, tanpa korang dengar dulu apa jalan keluar yang dia fikirkan. Walaupun dia kata "tak tahu nak buat apa", tapi biasanya dalam fikiran dia mesti ada cara yang dia dah fikirkan. So, macam manapun, cuba tanya dan dapatkan apa penyelesaian yang dia dah fikirkan.
5. Berikan pendapat
Langkah terakhir, berikan pendapat bernas terhadap masalah dia. Bagi pendapat bermaksud, korang sediakan pelbagai jalan keluar, dan suggestkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah dia. Jangan paksa dia untuk buat apa yang korang cadangkan tu secara mutlak. Tugas kita hanya sediakan penyelesaian. Yang lain terpulang pada dia untuk terima atau tak. Itu je tips yang dapat saya kongsikan. So, selamat menjadi pendengar yang setia dan berjaya ye kawan-kawan semua. Good luck.
p/s: Biasakanlah dengar masalah orang lain. Dan ambil iktibar daripada pengalaman orang lain untuk jadikan sempadan kat diri sendiri. Tak semestinya kita kena lalui sendiri, baru nak belajar daripada kesilapan.

No comments:
Post a Comment