Thursday, July 21, 2011

Skill Kerja Berlainan

Apa pendapat you all kalau you all bekerja lebih masa ? Berbaloi atau tidak ? Ada orang kata kerja lebih masa ni buat penat sahaja. Kadang-kala kerja tidak dibayar OT atau extra hours, Emmm depend pada pekerjaanlah. Saya dah lama kerja lebih masa dan sudah sebati dengan diri saya nie, huhu. Dah nama kerja sebagai Programmer di bahagian IT pastu saya berkerja pulak sebagai Network Administrator semuanya memerlukan komitment tinggi pada masa.

Pengalaman lalu bekerja sebagai Programmer memang tiada masa untuk berehat. Kalau dahulu, saya bekerja tak pernah sekali berjumpa dengan orang, asyik2 jumpa beruang jew, huhu. Perhubungan hanyalah melalui Call @ SMS @ Email xpun YM atau Skype. Dengar suara jer. Jadi orang saya x jumpa tapi orang yang jumpa saya, wakaka. Tapi business transaction tetap berjalan 24 hours. Depan Laptop & komputer. Tak cukup ditempat kerja sambung pula dirumah.

Berbeza dengan kerja sekarang. Kerja seakan sama. Tetapi lebih pada Administration Networking berdepan dengan banyak orang terutamanya vendor. Jadi Interpersonal Skill penting. Time ni lah saya berjumpa patient, dan jumpa secara berhadapan, Face to face. Berbeza yang amat dengan kerja dahulu. Keyakinan diri penting. Seronak ? Tak payah cakap, memang ada. Kena pandai berkata-kata untuk meyakinkan sesuatu perkara yang tidak pasti, chewaaahh, huhu.

Awal-awal dulu memang x best. Tapi demi kerjaya, ketepikan semua tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak kiralah kerja apa sekalipun. Skill berlainan tapi mempelajari sesuatu yang baru tu amat menyeronokkan. Percayalah. Apapun kerjaya yang kita buat kesemuanya ada cara yang berlainan. Pengalaman itu penting. Kesilapan dalam menjalankan tugas itu penting. Tanpa kesilapan kita tidak akan merasai pembetulan. Kesilapan & pembetulan berjalan seiring. pendek kata Dimana ada kesilapan, disitu ada pembetulan dan situlah ada pengajaran & pengalaman.

No comments: