Kalau ditanya, siapakah yang membangunkan Facebook ? Ramai yang akan menjawab Zuckerberg. Adakah Zuckerberg seorang sahaja yang bertindak dalam team Facebook sehingga mencapai kejayaan pada hari ini ? Sandberg, Isteri dari CEO SurveyMonkey, David Goldberg dan ibu kepada dua orang anak ini adalah antara orang terpenting dalam membangunkan Facebook hingga jaringan sosial itu kini mencapai keuntungan 1.6 milion USD. Sejak 2 tahun lepas, Sandberg dilantik menjadi CEO dalam Facebook memberikan Zuckerberg nilai tambah untuk syarikatnya. Antara kelebihan Sandberg, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia. Pengalamannya berkhidmat dalam syarikat Google sebagai Vice President of Global Online Sales and Operations Google memberikan impak yang besar pula pada Facebook. Kini semua urusan operasi Facebook dibawah pemerhatiannya. Bahkan Zuckerberg selalu membuat perjumpaan tertutup dengan Sandberg untuk membincang hal yang berkaitan dengan syarikatnya itu. Kombinasi antara Mark dan Sandberg adalah alasan utama Facebook mampu untuk tumbuh menjadi besar.
Wednesday, July 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment