Saturday, July 2, 2011

Senarai 10 Web Browser Yang Jarang Didengari

1. Stainless : Stainless ialah web browser yang dicipta sebagai respons kepada Google Chrome. Cantik kan ? hahaha, satu daripada kelebihan Stainless ialah anda boleh log masuk ke dalam satu laman web dengan menggunakan dua akaun pada dua tab yang berbeza. Sistem Operasi yang disokong oleh Stainless : OS X Leopard & Snow Leopard.

2. Maxthon : Sistem Operasi yang disokong: Windows

3. Sleipnir : Sleipnir ni web browser yang telah dicipta oleh orang2 dinegara matahari terbit, iaitu Jepun. Tak banyak yang saya boleh cakap mengenai Sleipnir. Korang cuba la sendiri kalau nak tahu lebih lanjut. Reka bentuknya simple dan boleh ditukar-tukar skin. Sistem Operasi yang disokong : Windows 98 ke atas

4. Swiftfox : Ni nampak macam web browser ciplak kepada Firefox tapi ia bukan tiruan, ianya asli tetapi reka bentuk/paparan antara mukanya memang lebih kurang sama atau boleh dikatakan sama dengan fFrefox versi lama-lama, old school gitu, hahaha. Pembangun web browser ni mengatakan ia lebih pantas, tak berani nak komen sebab tak cuba lagi, nanti peminat Firefox 4 marah pulak ! jadi macam biasa la, korang pergi cuba sendiri. Sistem operasi yang disokong : Linux

5. Lunascape : Web browser ni tak payah cerita lagi la lah berbuih mulut dengan jari saya duk cerita pasal web browser Lunascape. Sampai sekarang saya tak pernah pakai web browser lain lagi dah. Hati dah tertambat dengan web browser ni sebab kepantasan dan fungsinya! Sistem operasi yang disokong : Windows

6. Konqueror : Mesti korang heran kan ? Apakah buruk benor namanya, tulah realiti memang buruk tapi nampak macam bagus. Web browser ni sesuai untuk pengguna Linux yang inginkan web browser pelbagai fungsi. Sistem operasi yang disokong : Linux

7. Seamonkey : Monyet laut ? Apakah ?? hmm..ya, Seamonkey web browser yang telah dibangunkan oleh Mozilla. Web browser ni, saya tiada komen sebab tak faham sangat tujuan pembangunannya..ntah! Sistem operasi yang disokong : Windows 2000 ke atas (terbaru), Mac OS X 10.4 ke atas (terbaru) & Linux.

8. OmniWeb : Reka bentuk yang cantik ala-ala web browser Safari! itulah yang mampu saya katakan. Ia menggunakan enjin webkit sebagai asas kepada pelayaran internet. Sistem operasi yang disokong : Mac OS X 10.4.8 ke atas (terbaru)

9. Camino : Camino ialah web browser yang dibuat khas untuk pengguna Mac yang sukakan Firefox. Rekabentuknya juga ada ala-ala Safari, ish. Sistem operasi yang disokong : Mac OS X 10.4.8 ke atas (terbaru)

10. Flock : Flock adalah web browser yang bagus kerana ia menumpukan kepada jalinan laman-laman sosial Sama seperti web browser Rockmelt. Namun ia telah ditamatkan pembangunannya. Pembangun Flock sedang menumpukan kepada projek permainan (Game). Sistem operasi yang disokong : Windows, Linux, Mac OS X

No comments: