Thursday, July 21, 2011

Rahsia Sebalik Jersey No.

1. Ivan Luis zamorano 1+8 (Inter Milan)
Dia hanya selalu menggunakan no. jersi kesayangannya iaitu 9, tapi sayangnya ketika bermain di barcelona, Ronaldo menginginkan no. 9, jadi dia tak kehilangan idea, lalu mengambil no. 18 dan menambah plus (+) diantara no tersebut, agar tetap menjadi 9.

2. Gabriel Omar Batistuta 18 (As Roma)
Dia juga sama macam pemain diatas, kerana tidak ingin berbalah, dia juga mengambil no. 18 untuk menjadi 9.

3. Lupatelli 10 (Chievo)
Biasanya keeper memakai no. 1, tetapi berlainan dengan si botak ini, dia selesa memakai no. 10 yang selalunya dipakai oleh penyerang.

4. Franco Baresi 6 (AC Milan)
Cuba kamu cari di AC Milan siapa yang bernombor 6, tidak akan korang jumpa kerana nombor 6 sudah di khaskan atau di abadikan untuk Franco Baresi, pemain yang memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap kelab, sehingga nombornya diabadikan dan tidak boleh di pakai oleh pemain lain.

5. Paolo Maldini 3 (AC Milan)
Sama dengan Baresi, pemegang jersi 3 milik Paolo Maldini tidak boleh diberikan kepada pemain lain, itu untuk menghormati Maldini yang setia kepada AC Milan, bahkan jumlah penampilan Maldini lebih banyak dari Baresi.

6. Marc Vivien Foe 23 (Manchester City)
Lagi2 nombor yang diagung2kan ini, tapi ini berbeza dengan Paolo Maldini ataupun Franco Baresi, nombor 23 yang diabadikan untuk menghormati Marc Vivien Foe yang meninggal di padang ketika bertanding untuk negaranya.

7. Gianluigi Buffon 88 (Juventus)
Tahukah kamu kalau Gianluigi Buffon pernah memakai nombor 88 yang menjadi kontroversi di Juventus ? Disebut bahawa kontroversi itu kerana hurf 8 adalah huruf "h" jadi jika di gabungkan akan menjadi HH, singkatan dari Hail Hitler.

No comments: