Saturday, July 2, 2011

Pro Dan Kontra Ultrasurf

Salam semua, untuk entry ini, saya ingin berkongsi maklumat sedikit sebanyak tentang perisian yang selalu saya gunakan untuk bypass firewall dan tak lupa juga saya selalu gunakan untuk melindungi sambungan internet dan melayari laman web secara anonymous. Apakah nama perisian tersebut ya ? Bagi yang dah kerap mengunjungi blog ini, rasanya mereka pasti tahu, bahawa perisian yang saya maksudkan ialah Ultrasurf.

Sekarang Ultrasurf dah masuk versi 10.13. Masih tiada apa yang baharu. Paparan antaramuka, fungsi, pilihan (options) semuanya masih sama, yang berubah hanyalah proksi yang sedia ada. Kelajuan masih kekal seperti dahulu, amat memuaskan hati, cuma setelah lama saya mengkaji dan menganalisis 'tabiat' Ultrasurf, maka saya ingin merumuskan beberapa Pro dan Kontra Ultrasurf.

PRO :-
1. Percuma. (Ini yang paling penting!)
2. Menyembunyikan alamat IP dengan berkesan sekali.
3. Paparan antaramuka yang sederhana, mudah digunakan.
4. Boleh digunakan bersama aplikasi atau perisian yang lain, contohnya IDM. Cuma set kan tetapan localhost kepada 127.0.0.1 dan port 9666.
5. Terdapat add-on untuk para pengguna Firefox.
6. Menyertakan fungsi memadam history dan cookies setelah IE ditutup.
7. Tidak dapat dikesan oleh mana-mana Firewall, websense, atau apa juga jenis sekatan internet.

KONTRA :-
1. Proksi hanya datang dari US, ia tidak boleh ditukar! (lokasi negara dan proksi tetap)
2. Hanya terdapat dalam paparan Bahasa Inggeris sahaja.
3. Kebanyakan antivirus melabel/mengklasifikasikannya sebagai malware..mengapa?? nanti Hac akan berikan jawapan..

Perhatian !
Untuk melayari laman web secara anonymous, anda boleh menggunakan Ultrasurf untuk bypass sekatan firewall, websense, ia juga boleh digunakan untuk nak download ? lagi la boleh sebab sambungan internet tetap laju seperti biasa ! TETAPI, jangan sesekali menggunakannya untuk membuka laman yang menggunakan protokol keselamatan seperti e-mel, akaun bank dan sebagainya sebab nama pun dah bypass, hehe

No comments: