Thursday, July 21, 2011

Nurani Berbisik

Peristiwa itu sudah berlalu dan tak perlu lagi rasanya untuk dikenang. Walaupun acap kali mengalami persis yang sama, namun tak akan mematahkan semangat itu. Sikap itu jugalah yang menjadi taruhan dan tak semena-mena menjadi punca semuanya berakhir sekelip mata dek baru bermula. Siapalah empunya diri menilai secepat itu lantas membuat keputusan tanpa meminta penjelasan yang sepatutnya. Kemanisan kata-kata bukan lagi penentu apa yang bakal dilakukan, hanya sebagai penghias di kala hati semakin berbunga-bunga. Namun, gugurnya bunga-bunga dek kemanisan kata-kata sekadar bertanam tebu di bibir. Percayalah lain manusia lain apa yang ada dalam dirinya. Begitu jugalah dalam penilaian kita. Sekali menilai bukan sudah bererti penilaian itu benar tetapi cubalah menilai mengikut fasanya yang membangkitkan penilaian yang hakiki. Kalau itu sekadar alasan, ketentuan diterima sebaiknya. Yakinlah, Maha Pencipta itu Maha Adil. Jika memperlakukan sesuatu kepada orang lain nescaya akan berbalik kepada diri sendiri cuma masa sahaja yang menentukan. Keredhaan itu lebih penting dari kemanisan kata-kata.

No comments: