Sunday, July 24, 2011

Menggantikan apt-get Dengan apt-fast Untuk Kepantasan

Pengetahuan spesifik tentang apt-get dan aplikasinya adalah esklusif kepada pengguna linux debian. Pengguna ubuntu biasanya menggunakan kata arahan apt-get untuk memuatturun paket-paket program daripada pelayan yang ditetapkan untuk proses samada pemasangan perisian (apt-get install), kemaskini (apt-get update) mahupun naiktaraf (apt-get upgrade). Namun sekiranya proses apt-get tersebut tidak cukup pantas bagi sambungan internet anda, pengguna ubuntu sebenarnya mempunyai satu lagi altenatif yang berbaloi untuk dicuba iaitu apt-fast. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna haruslah melalui proses berikut ;

1. Pasang pakej Axel :-
sudo apt-get install axel

2. Masukkan kata arahan berikut seterusnya :-
sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net
sudo apt-get update
sudo apt-get install apt-fast

Selesai pemasangan ini, barulah pengguna boleh menggunakan apt-fast untuk proses memuat- turun paket-paket perisian daripada pelayan.

No comments: