Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering, katanya. Patutlaa cuaca panas kan sekarang ? Ada Ribut Tropika Aere melanda rupanya Sekarang nie suhu tertinggi direkodkan sekitar 38 darjah Celcius padahal suhu normal di Malaysia ialah sekitar 32 darjah Celcius menurut akhbar Kosmo : Impak Cuaca Panas.
Antara impak yang saya sendiri terasa ialah keadaan tidak selesa semasa keluar rumah dan di dalam rumah. Tak dapat laa nak bayangkan orang lain yang terpaksa bekerja di luar sana. Keadaan tanah sana-sini pun dah nampak kekeringan, lepas itu mula laa berdebu. Jadi memang tak seronok sangat laa kerja dengan keadaan macam tu. Saya terasa nak pergi mandi air terjun jer masa tengah2 panas nie. Rasenya masa tengah panas2 nie air terjun jernih sedikit. Syok wooo mandi masa tengah panas2 nie.
Nasihat Berjaga-jaga / Kesihatan :-
+ Banyakkan minum air
+ Elak minuman berkafein dan beralkohol kerana sebabkan badan kita cepat terhidrat
+ Kurangkan aktiviti luaran
+ Kawal dan rancang aktiviti anak-anak anda
+ Makan buah yang banyak air
+ Elak makanan berprotein tinggi kerana boleh sebabkan suhu badan tinggi
+ Pakai pakaian yang cerah kerana pakaian gelap menyerap haba
+ Elakkan pembakaran terbuka
p/s : Nak kena pasang aircond dekat rumah kalau panas terus-menerus panas. Macam-mana laa suasana di padang Mahsyar nanti. Matahari sejengkal jer atas kepala. Astaghfirullahalazim

No comments:
Post a Comment