Sekilas pandang, manakah lebih ramai. Blogger perempuan atau blogger lelaki ? Blogger mana yang aktif menguasai ruang maya ? Lelaki atau perempuan ? Kalau saya, memang akan saya kata blogger perempuan lebih ramai daripada lelaki dan blogger perempuan juga yang lebih aktif berbanding lelaki. Hendak kata ukuran tu, saya tiada ukuran yang tepat dengan nilai kuantiti. tetapi cukuplah berdasarkan pemerhatian sepanjang saya berada di alam maya ini. Mungkin persoalan sebegini boleh dilontarkan. Kenapakah blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki ? Saya bagi beberapa point yang saya pikirkan. Sesiapa yang ada pendapat lain, digalakkan untuk berkongsi pendapat anda. Mungkin anda ada point² lain.
1. Perempuan lebih celik IT
Apa yang saya maksudkan perempuan lebih celik IT adalah perempuan lebih banyak terlibat dengan dunia internet. Antara sebab kenapa perempuan lebih terdedah kepada dunia IT adalah, perempuan lebih banyak yang berada 'level' purata yang lebih tinggi berbanding lelaki. Contohnya perempuan lebih ramai di IPT atau di kebanyakan bidang sekarang ini. Apabila level seseorang itu tinggi, kemungkinan untuk terlibat dengan dunia internet adalah tinggi. Walaupun terdapat pelbagai cabang dalam dunia internet ini, tetapi salah satu daripadanya adalah blogging. Dan kuantiti blogger sekarang ini dikuasai oleh blogger perempuan.
2. Perempuan mempunyai lebih banyak masa
Masa setiap orang adalah sama 24 jam. Apa yang saya maksudkan adalah perempuan biasanya mempunyai lebih banyak masa untuk mengadap internet berbanding lelaki. Contohnya, apabila habis waktu kerja/belajar lelaki lebih suka lepak atau buat aktiviti lain. Perempuan pula lebih suka berada di rumah/asrama dan aktiviti dorang masa ini, sembang sikit, gosip sikit, blogging, baca novel. So peluang untuk perempuan berblogging lebih tinggi. Itu belum masuk lagi dengan suri rumah sepenuh masa. kalau suri rumah yang tahu bab blogging ini, saya rasa kalau sudah siap kemas rumah, memasak, mandikan anak, jadi masa lapang mereka adalah berblogging. Kalau lelaki mungkin mereka lebih kepada aktiviti luar. Contoh macam saya, mahu pergi bersukan, main bola xpun men pingpong. Balik kalau ada masa online sekejap.
3. Perempuan suka berkongsi sesuatu
Perempuan sifatnya suka berkongsi cerita, tidak kira kisah suka atau duka. Sebab itulah biasa untuk kita jumpa blog perempuan yang bercerita tentang kisah kehidupan sehariannya. Tidak kira sedih atau gembira atau pelbagai kisah lagi. Agak kurang kalau lelaki. Lelaki jarang hendak cerita apa yang berlaku, lagi-lagi online. Disebabkan sifat perempuan suka berkongsi perasaan mereka, blogging adalah salah satu medium untuk mereka. Sebab dahulu mungkin luahan perasaan dilakukan dalam diari fizikal, sekarang diari maya. Ini secara tidak langsung menambahkan lagi bilangan blogger yang ada di alam maya ini.
4. Tarikan kawan-kawan
Saya rasa mungkin perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi juga. Kawan dia ada blog, dia pun ikut hendak buat blog. Walaupun mula-mula macam tidak mahu, tetapi pujuk sikit, buat la juga. Isi kandungan kemudian cerita yang penting ada blog dahulu. Kalau lelaki, saya rasa macam jarang sikit terpengaruh dengan ajakan member untuk berblogging. Kecuali kalau betul-betul yang ada menarik perhatian. Sebab saya katakan tadi, mungkin lelaki lebih berminat kepada aktiviti fizikal (outdoor) berbanding mengadap PC/Laptop dan menaip entri.
Nota Tambahan : Eh, saya lelaki apa, ha3. Percaya atau tidak : Walaupun blogger perempuan lebih ramai, tetapi ramai yang pakar bab blogging/IT ini adalah dari golongan lelaki, hahaha :p

No comments:
Post a Comment