Wednesday, July 20, 2011

Kad Bisnes Penting Dalam Perniagaan

Sememangnya kad bisnes tersangatlah penting untuk membantu pemasaran produk2 kepada klien2kita. Seelok-eloknya anda perlu membawa lebih 10 keping di dalam poket atau dompet anda dan diberikan kepada kenalan baru kita di keramaian seperti kenduri kahwin, pameran, ceramah dan sebagainya. Sekiranya anda ingin meningkatkan jualan di kedai anda, anda perlu lebih proaktif mencari pelanggan di luar kedai dan sambil berunding bolehlah hulurkan kad bisnes anda kepada pelanggan2 yang berpotensi untuk membeli barangan anda. Pelanggan tersebut boleh menyampaikan maklumat tentang produk2 anda dengan lebih berkesan kepada ahli keluarganya serta sanak saudaranya. Tentu anda rasa gembira apabila usaha anda berjaya dengan hanya menggunakan kad bisnes untuk menarik ramai pelanggan datang ke kedai anda. Kad bisnes perlu lebih sistematik dengan nama anda, nombor telefon, alamat email, nama syarikat, alamat syarikat beserta produk2 dan perkhidmatan anda tawarkan kepada pelanggan anda dengan begitu jelas sekali. Selain itu anda boleh mencetak kalendar dibelakang kad bisnes anda. Tentu menarik bukan ! Jadi pelanggan2 mudah mengenali anda dengan begitu cepat sekali. Jika anda hendak pergi ke majlis kenduri kahwin, anda perlu selitkan kad bisnes anda pada hadiah tersebut dan diberikan kepada pihak pengantin. Jadi dengan cara sebegini dapat memberikan gambaran yang anda ambil berat terhadap pelanggan2 anda di luar sana.

No comments: