Tuesday, July 19, 2011

Jepun Juara Piala Dunia Wanita FIFA 2011 Menewaskan Amerika Syarikat

Tahniah Jepun kerana menjadi pasukan Asia pertama menjuarai Piala Dunia Wanita FIFA 2011. Ini juga merupakan kali pertama skuad Jepun menjuarainya selepas berjaya menewaskan Amerika Syarikat di perlawanan akhir dalam penentuan sepakan penalti apabila terikat 2-2 selepas masa tambahan. Pemain pertahanan, Saki Kumagai menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan Jepun menang 3-1. Terdahulu, Homare Sawa menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat masa tambahan untuk memaksa penentuan penalti itu. Semangat dan kesungguhan pasukan Matahari Terbit itu wajar dicontohi pasukan Malaysia. Kebangkitan pasukan-pasukan dari Asia juga bakal memberikan saingan sengit kepada pasukan Barat yang selama ini memonopoli dunia sukan terutamanya Bola Sepak.

No comments: