Tuesday, July 12, 2011

Hilang Rindu Dekat Kekasih Lame, oh PING PONG !

Setelah sekian lama tak main ping pong, dapat gak saya melepaskan kerinduan kat sukan nie. Yela, da berapa tahun xmain. Last main time zaman kolej dulu, masa kat ITTAR, student diwajibkan amek Ko-kurikulum cam kat sekolah gak. So, saya amek peluang untuk amek KO ping pong., huhu. Baru-baru nie, jabatan kami ada mengadakan pertandingan SUKNA antara zon di Zon Utara. Kitorang mewakili Zon Tengah dalam acara Ping-Pong, kirenyer terror jugaklah pasukan kitorang, Dream Team tu..huhu. Terubat la rase nak main Ping POng, tapi saya pemain reserved jew, xpelaah, at least saya ada wat pertandingan sendiri masa kat situ, piala antara pemain reserved, muahahaha.

Akhirnyer saya menang semua games, terror kan, hikhik, tapi rase nak main lagi !!! hehe. Ramai la gak yang minat main ping pong. Apa yang special main ping pong nie, games nie xkena panas. So, tak ada la sibuk nk putihkan kulit kan. lalala~ Dari tak tau apa-apa pasal ping-pong nie, akhirnya saya boleh la sikit nak main, setakat nak kalahkan Timo Ball xde hal laaa, hahaha. Sukan nie kena banyak praktis, baru syok naik main, hehe. Pertandingan nie akhirnya berakhir pada hari sabtu malam setelah berkampung selama 3 hari disana. Alhamdulillah, Berkat kesungguhan kawan-kawan saya bermain, kami menang selaku Naib Johan, cayalaa.

Untuk makluman, zon tengah nie tidak pernah layak pun untuk pusingan kedua selama jabatan kami menganjurkan SUKNA. Semuanya terkandas masa peringkat liga lagi. Tapi sejak kehadiran saya, kami layak sampai ke final tu, powerrr xxxx, huhu. Dorang nak saya menang sebab nanti dapat hamper besar. So, untuk tak menghampakan kawan-kawan saya kata, xpelah bagi kekawan main dulu, sebab xnak ambil risiko, sbb tu kami naik johan, kalo x dah lama kami johan, saje jew nak bagi change, hahaha. Baru lepas amek hadiah terus amek gambar.

Mana ley amek gambar saya, saya nie kan pemalu, huhu. Kena la amek gambar kawan-kawan saya, ngeh3x. Sebelum balik, sempat lagi amek gambar dengan beberapa peminat, kate champion, hoho. Thanx to pasukan zon tengah kerana kami Johon Keseluhuran. Sebenarnya banyak acara dipertandingkan, cuma saya x sebut kat sini, sebab tajuk entry berkenaan Ping Pong, hehe, ada 11 games kesemuanya. Saya suka main Ping-pong. Saya lagi suka bila jadi JOHAN pertandingan Ping Pong. dan bertambah suka bila dapat hamper besar :)

No comments: