Google bakal melancarkan laman sosial internet terbaru iaitu GOOGLE+ bagi manyaingi FACEBOOK. Menurut Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra, Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya. GOOGLE+ dikatakan mempunyai keupayaan untuk membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga, dalam bulatan berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan. Google mengambil kekurangan yang ada di Facebook bagi mereka cipta GOOGLE+ dan menyaingi Facebook. Segala kemas kini di Facebook dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook (GROUP) berbeza.
Saturday, July 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment