Monday, July 18, 2011

Giveaway Perlu Atau Tidak ?

Giveaway perlu atau tidak dilakukan ye ? Hmm, bagi saya kan, giveaway nih terpulang kepada individu terbabit nak buat ke tak. Macam-macam aktiviti boleh dibuat dalam menganjurkan sesuatu giveaway nih. Macam-macam tujuan penganjur mengadakan giveaway atau contest di blognya. Yang pastinya bila kita buat giveaway atau melibatkan diri dalam giveaway, semua pihak akan dapat mendapat manfaatnya. Kiranya win-win situation lah, penganjur dapat faedah, peserta pun dapat faedah. Yang saya nampak daripada join giveaway nih ialah kita boleh membina pautan dan jaringan blog yang lebih luas. Dapat menarik pengunjung ke blog dan dapat membina backlink.

Oklah tu kan, dapat membina backlink dan dapat hadiah yang ditawarkan. Sebut pasal hadiah or ganjaran yang ditawarkan terpulang kepada penganjur sendiri nak tawarkan apa. Macam2 ganjaran boleh diberikan. Bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Ada jugak yang selalu berkongsi dengan pembaca mereka setelah ‘cash out’ duit Nuffnang kan ? Kebiasaannya penganjur menawarkan wang tunai, barang material, trafik mahupun review blog. Contohnya penganjur buat satu giveaway atau contest yang mana ganjarannya merupakan review blog.

So sesiapa yang menang maka blognya akan direview pada masa yang ditetapkan. Ini selalu dilakukan oleh blog yang mempunyai trafik yang tinggi macam Ben Ashaari dan beberapa blogger lain. Tapi secara personal saya suka bab review blog nih sebab masa review nih dibuat, kita bukan je dapat memperkenalkan blog tapi jugak dapat membuat “improvement” atau menambaik blog dari pelbagai segi tak kira dari segi penulisan, pemilihan template, teknik dan sebagainya sebab sudah pasti orang yang mereview ada ilmu untuk mereview blog kita dengan baik dan bukannya review kosong.

Ada ilmu yang boleh kita belajar daripada dia. Ade jugak blogger yang suka buat contest ringkas dan mudah.. Memang tak dijangka, apa-apa je boleh dijadikan idea untuk buat contest nih. Senang je. Kira contest spontan. Jangka masa untuk sebarang contest atau giveaway plak tak kira nak sekejap atau lama. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada penganjur jugak atau nak buat ataupun tidak. Teringin nak buat giveaway. Ade ke yang join ek ?

No comments: