Sunday, July 10, 2011

Friendster Berwajah Baru ?

Minggu lepas saya terbukak hati untuk membuka Friendster (Padahal memang selang sehari saya akan check semua social network saya seperti Myspace, Friendster, Flickr, Tumblr, Facebook), hahaha. Masa lepas saya online Friendster tu, tiba-tiba saya rasa macam, eh, saya salah link ke ? Dan apa yang saya nampak ialah ini Friendster dah berubah jadi tempat main game online instead of a social network ? Apa sudah jadi ? Mungkin sebab Facebook dah meneggelamkan Friendster. Zaman kegemilangan Friendster dah tamat tempoh, makanya Jonathan Abrams iaitu sang lelaki yang menjumpai idea untuk mula-mula buat dan cipta Friendster (Founder of Friendster) telah mengubah strategi dengan menukarkan laman sosial itu sepenuhnya kepada laman bermain game. I'm a bit disappointed sebab ada banyak memori indah tersemat di Friendster tu dan end up semuanya dah hilang begitu saja without any notice from the team. Takpelah, it ok, Facebook kan ada, huhu. Apa akan jadi kalau Facebook pulak yang betul-betul ditutup macam sesetengah negara di dunia ni ? Apa korang rasa ? Mungkin rasa bersalah sebab tak sempat nak delete pictures dalam album profile picture kan ? hehe..

No comments: