Friday, July 1, 2011

Di Mana Kota Seribu Tiang ?

Mungkin sesetengah anda tidak biasa mendengar 'Kota Seribu Pilar'. Kepada pembaca yang sudah memiliki The Miracle 15 in 1 anda boleh terus ke bahagian Analisis peta dan Kisah Dalam Al Quran. Banyak hidangan disajikan untuk anda tatapi yang harganya tidak dapat dinilai dengan Ringgit atau pun Rupiah. Pelbagai kisah para Ambia dan kaum2nya pada waktu itu yang cukup ringkas dan padat untuk dijadikan iktibar kepada diri dan kaum keluarga kita. Tidak rugi memiliki buku sebegini yang boleh menjadi rujukan sepanjang zaman.

Rasanya belum ada lagi buku selengkapnya sehingga kini. Sudah banyak penulisan2 tentang Kota Seribu Pilar ini. Banyak juga artikel2 yang berkaitan dengannya disebarluaskan dalam ulasan yang pelbagai sudut. Dalam laman web Wikipedia diulasluas lagi mendalam hubungkait perkara ini di bawah tajuk Lost City. Anda boleh pergi ke sana secara percuma. The Miracle 15 in 1, memberikan posisi yang jelas kepada kita kedudukan wilayah di mana kota ini berada. Dengan longitud 44 darjah 30 minit hingga 56 darjah 30 minit (timur) dan latitud 16 darjah 30 minit hingga 23 darjah 0 minit (utara) anda boleh mengenalpasti kedudukan tempat itu. Anda boleh perhatikan sendiri wilayah ini.

Wilayah Rub Al-Khali ini merupakan padang pasir terletak di bahagian Selatan Semenanjung Arab. Sebuah daerah yang dikatakan mempunyai kandungan minyak yang sangat banyak dan melimpah ruah sehingga sempat menjadi daerah persengketaan antara Arab, Yaman, Oman dan UEA.Daerah ini juga merupakan gurun pasir seluas 650,000 kilometer persegi merentangi ke empat2 negera-negara tersebut. Inilah padang pasir terbesar di dunia dengan kondisi alam yang amat 'kejam'. Ketinggian bukit pasirnya mencapai menara Eiffel 330 meter dangan suhunya melangkaui 55-60 darjah celcius.

Iram merupakan kota pusat wilayah ini. Pada abad ke 3 SM sehingga abad pertama Masehi, Kota ini amat terkenal dengan pusat perdagangan. Kota ini juga sudah memiliki bangunan2 tinggi yang belum pernah dibangun di mana-mana kota sebelum itu. Ia tersohor dengan Bandar Arkitek terkenal pada waktu itu. Tetapi bandar itu sudah lenyap di muka bumi ini. Yang tinggal adalah hanya padang pasir yang penuh dengan bukit-bukit pasir yang halus pasirnya. Kenapa bandar ini lenyap dimuka bumi.

Pengkaji2 sejarah dengan bantuan teknologi moden telah menjumpai semula bandar yang lenyap ini. Gambar satelit yang disajikan membuktikan wujudnya bandar di wilayah ini. Mungkin bagi kita, ia tidak begitu jelas dengan apa yang tersirat di dalam gambar-gambar yang dirakamkan. Yang penting kenapa bandar tersebut hilang di muka bumi ? Untuk mengetahui kisahnya, bacalah kisah The Miracle 15 in 1 ini. Semoga apa yang dipaparkan mendapat pengajaran kepada kita semua.

No comments: