Tuesday, July 19, 2011

Cicak Tokek

Cicak tokek atau Tokay Gecko adalah sejenis cicak bersaiz besar. Biasanya terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara (termasuk Malaysia), Filipina, Indonesia dan New Guinea Barat. Habitat asal cicak ini adalah di dalam hutan hujan Tropika dan hidup pada pokok-pokok tinggi serta tebing. Cicak tokek aktif pada waktu malam dan menangkap serangga sebagai sumber makanan.

Kini populasi cicak tokek semakin berkurangan dan terancam dek kerana habitat semulajadinya telah banyak musnah akibat pembangunan. Cicak tokek juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia,Indonesia, dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya tắc kè. Cicak ini dapat dikenalpasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini keraa saiz yang agak besar, kulitnya yang pelik walaupun unik serta jarinya dianggap boleh menyirat kulit orang terkena pada cakarannya.

Di Filipina, kebayakkan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan haiwan berbahaya seperti kala jengking dan lipan. Oleh kerana cicak tokek susah untuk ditemui, harga cicak tokek mengikut saiz bukan sahaja boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit, malah boleh mencecah jutaan ringgit Malaysia! Cicak tokek dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan mampu menjadi penawar pelbagai penyakit termasuk HIV dan AIDS. Namun, belum ada kajian saintifik yang mengesahkannya.

No comments: