Saturday, July 30, 2011

Cerita Pasal Coklat

Coklat ataupun dalam english di eja chocolate adalah satu makanan ringan yang paling tinggi mendapat permintaan kat dunia ni selain dari mee segera. Tahukah korang yang coklat ni sebenarnya diperbuat daripada biji koko dan bukannya daripada biji saga apetah lagi daripada biji getah. Ramai orang yang meminati coklat ni kan. Kalau kita dapat cari 10 orang disekeliling kita, mungkin hanya 2 orang saja daripada mereka yang tidak meminati coklat ni. Sebut pasal minat pada coklat ni, saya dulu pernah juga jadi pembenci coklat. Mungkin sebab bagi saya vanilla lebih terasa lemaknya kalau nak dibandingkan dengan coklat ni.

Sebut lagi pasal coklat, pernah sesiapa tengok cerita charlie and the chocolate factory ? Saya rasa kalau yang betul2 ketagih dengan coklat ni pasti tak reti nak dok diam tengok coklat yang merimpah ruah dalam cerita tu. Sambil2 dibawa oleh Willy Wonka berjalan ke seluruh kilang coklat tu, sambil2 tu juga dapat lihat keindahan coklat yang terdapat kat situ. Amazing kan kalau ada tempat camtu kat Malaysia ni. Tak mau cerita pasal keburukan coklat, ramai penggemar coklat tak pernah pun ambil kisah sangat pasal benda2 ni asalkan diorang dapat menikmati coklat yang mereka gemari itu.

Kalau di Malaysia ni, kawasan bebas cukai adalah tumpuan penggemar coklat untuk memborong coklat seberapa banyak pun yang mereka nak. Tempat paling utama yang saya tengok untuk penggemar2 coklat ni untuk memborong segala macam coklat adalah di Pulau Langkawi. Contoh 1 kedai yang paling popular di sana adalah Ismail Group punya cawangan. Kalau sesiapa masuk kedai tu, bukan setakat periuk belanga je bersepah kat situ, malahan himpunan segala macam coklat pun terdapat kat situ. Okay puas dah makan coklat kat sini ? By the way, kalau ada sesiapa yang belum pernah tengok cerita charlie and the chocolate factory boleh la cerita tu.

No comments: