Saturday, July 2, 2011

Cara Menukar IP & Melayari Web Secara Anonymous

Internet Protocol (IP) ni ibarat alamat tetap kepada sambungan internet ke PC korang. Kalau rumah ada alamat tetap sekian-sekian, IP juga begitu. Kalau kita boleh cari rumah saudara dengan alamat yang diberikan kepada kita, IP JUGA BOLEH memberi fungsi yang sama. Sekiranya seorang hacker atau lebih teruk lagi cracker dapat mengesan IP korang, banyak benda yang kurang baik boleh mereka lakukan. Mereka boleh mengkaji perilaku korang seperti laman yang selalu korang lawati dan kemudian memanipulasikan perilaku tersebut kepada apa-apa perkara yang mereka fikirkan boleh dilakukan seperti mendapatkan kata laluan untuk akaun-akaun tertentu dan sebagainya.

Apa Fungsi Utama Produk Ini ?
Perisian ini sangat pintar kerana ia dapat menunjukkan kepada umum seolah-olah korang sedang melayari internet bukan dari tempat yang korang berada pada waktu itu dengan menukar IP korang kepada IP yang menjadi pilihan. Perisian ini akan memberi anonymous proxy server yang baru setiap kali korang klik pada 'Get IP Locations'. Manfaat utama dari perisian ini ialah korang tak dapat dikesan oleh sesiapa ketika melayari internet. Selain itu, sekiranya ada laman web yang telah disekat oleh organisasi tertentu seperti pejabat kerajaan, sekolah, yang telah menyekat Facebook, Youtube dan sebagainya, perisian ini akan dapat melakukan bypass terhadap sekatan tersebut. Ini bererti sebaik sahaja perisian ini digunakan, korang akan dapat membuka laman web yang telah disekat. Kalau korang pilih IP dari negara China atau Hong Kong, secara automatik google.com pun akan bertukar tulisannya kepada tulisan china, heheheh..

Bagaimana Cara Nak Aktifkan Perisian Ini ?
Senang saje, dah habis download ? Dah install ? Gantikan fail 'option.ini' yang ada dalam folder C:Program Files > Invisible IP Map dengan fail 'option.ini' yang ada dalam folder yang korang dah download tu. Dah, itu aje, simple. Dah dapat pakai full software :)

Troubleshooter
Kalau korang punya web browser paparkan skrin 'Cannot connect to proxy server', apa yang korang perlu lakukan ialah sama ada Refresh web browser korang tu atau tutup dulu web browser, pegi dekat menu Invisible IP Map, klik pada 'Open What is my IP site' Tunggu sampai website tu dah habis loading dan menunjukkan IP korang dah ditukar, kemudian baru lah boleh melayari internet seperti biasa. Kalau kalau korang pakai browser lain selain Internet Explorer, secara mudahnya tutup aje IE yang dah terbuka tu, kemudian buka aje web browser pilihan korang. Kalau connection lambat, kemudian ada yang tak boleh habis loading atau menayangkan 'cannot connect to proxy server', korang tukar aje IP lain yang lebih pantas atau yang lebih compatible dengan website Malaysia ni.

Muat Turun Invisible IP Map (Klik di sini)

No comments: