Saturday, July 2, 2011

Cara Mencipta Fail Autorun.inf : Apa Itu Autorun ?

Adakah Autorun itu sejenis virus ? Soalan inilah yang kerapkali ditanyakan. Jawapannya, TIDAK, kenapa ? Mari kita tengok satu demi satu.

Apa Itu Autorun ?
Autorun ialah FAIL yang MENJALANKAN program, dokumen, atau fail yang lainnya apabila DVD, CD atau Pen Drive dimasukkan. Ianya hanya sebuah FAIL. Apabila DVD, CD atau Pendrive dimasukkan ke PC, windows akan mencari fail Autorun dan mengikuti setiap baris perintah yang terkandung dalam fail Autorun tersebut.

Jadi mengapa perisian Antivirus saya menyekat/memadam fail Autorun ?
Berdasarkan kepada contoh diatas, dapatlah kita ketahui bahawa ia bukanlah fail virus. Namun ia berfungsi sebagai fail yang menjalankan aplikasi dan juga fail exe dan ini boleh membawa kepada serangan virus. Sekiranya ia disekat terlebih dahulu, maka kemungkinan PC anda dijangkiti virus berkurangan.

No comments: