Kecoh sekarang harga Astro naik. Kes gangguan siaran Astro ketika hujan. Bukan masih baru tapi sejak dulu lagi. Sekarang ni Astro di beri kata dua setelah banyak rungutan & komplen yang di buat pelanggan. Atasi masalah gangguan siaran semasa hujan atau di kenakan tindakkan undang2. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. SKMM mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran berdasarkan minit siaran. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton. Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran. Bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang. Dah la cerita asyik ulang tayang lepas tu naikkan harga. Bila hujan lebat langsung takde siaran. Sepatutnya pihak Astro terlebih dahulu tangani masalah siaran sebelum memutuskan untuk naikkan harga, kan ? Bagi servis terbaik dulu, hehe
Tuesday, July 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment