Dulu time kecik-kecik, saya pernah gaduh dengan member saya sebab dia cakap doktor lagi penting dari jurutera. Pada masa tu saya bercita-cita hendak jadi jurutera, manakala dia nak jadi doktor. Katanya kalau takde doktor, semua orang sakit tak boleh sembuh. Ubat tak de. Saya cakap, kalau doktor ada tapi jurutera tak reka kereta ambulans macam mane nak hantar pesakit pegi hospital. Alat dan mesin untuk operation juga tiada. Hahaha. Pastu sambung debat lagi. Last-last takde siapa yg menang sebab mak saya panggil balik sebelum habis berdebat kerana time tu dah dekat dengan mahrib. Hehe. Beberapa hari lepas, saya temui bukti bahawa bidang kejuruteraan memang penting. Memang tak dapat dinafikan. Cuba cari kat Google, muahaha~
Sunday, July 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment