Saturday, July 2, 2011

Apa Itu Social Engineering ?

Social Engineering bukanlah satu jenis perisian. Ia adalah cara ataupun kaedah seseorang hacker memanipulasi kepercayaan orang lain untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan olehnya atau membuat seseorang percaya untuk memberikan maklumat sulit yang diperlukan oleh hacker tersebut. Secara ringkasnya SE ialah teknik permainan psikologi yang sering digunakan oleh hacker untuk mendapatkan informasi penting dari orang lain. Kevin Mitnick ialah orang yang bertanggungjawab mempopularkan istilah SE ini.

Kesan Social Engineering :-
Jika anda fikir SE sering dilakukan untuk memperdayakan orang biasa, anda salah kerana orang seperti Kevin Mitnick berjaya memperdayakan FBI, NOKIA, MOTOROLA dan banyak lagi mangsa yang lebih 'besar'. Namun bagi saya, teknik ini juga boleh dimanupulasi oleh orang biasa dengan sedikit kemahiran penyamaran untuk memperdayakan mangsa yang kurang pengetahuan tentang IT. Tujuannya masih kekal sama, untuk mendapatkan data sulit/peribadi.

Kaedah Mengelakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Social Engineering :-
Adalah sukar sebenarnya untuk seseorang mengelakkan diri kerana telah menjadi fitrah manusia untuk mempercayai orang lain. Namun terdapat sedikit tips sebagai panduan untuk mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa :

1. Jangan sesekali berkongsi kata laluan dengan orang lain.
2. Jangan buang bil kad kredit / kad debit anda ke dalam tong sampah. Musnahkan terus.
3. Perbaiki ilmu dan kelemahan diri anda tentang IT.

No comments: