Tuesday, July 12, 2011

Apa itu Ping Blog : Cara Mudah Ping Blog Anda

Pada entry kali ini, saya akan berkongsi tentang “PING". Apa itu ping ? Rasanya sudah pasti ramai diantara bloggers semua yang sudah mengerti apa itu ping. Ping ini sebenarnya merupakan salah satu cara untuk bloggers berhubung dengan “search engine” seperti Google, Yahoo, dll. Maksud berhubung disini ialah salah satu cara untuk bloggers memberitahu kepada search engine bahawa blog bloggers sudah di update dan perlu di “crawl” dengan cara ini, search engine akan menghantar “robot@spider@dll” untuk mengenalpasti perubahan2 yang berlaku didalam blog bloggers semuad an segera mengupdatekan data mereka.

Melalui cara ini, perubahan (update) di dalam blog bloggers semua akan cepat didetect oleh search engine. Kesannya ialah data bagi blog tersebut akan segera di index kedalam seach engine dan ini membolehkan perubahan data yang baru diupdate itu dapat dicapai dan wujud dalam result search engine. Sebagai contoh mudah, saya telah mengupdate blog saya dengan melakukan beberapa posting baru. Selepas posting, saya cuba untuk mencapai post saya tadi dengan mencarinya di Google.

Saya akan dapati bahawa Google (search engine) gagal untuk mencari update terbaru blog saya itu walaupun bermacam “keywords@tags” digunakan. Ini bererti “robot,spider,dll” belum dihantar lagi untuk menganalisa (crawl) perubahan yang berlaku dalam blog saya ini seterusnya menyebabkan tiada capaian dalam result search engine itu tadi. Sebaliknya, pada posting yang paling terbaru, saya telah melakukan “ping” blog saya ini. Selepas sahaja proses “ping” itu selesai, saya telah cuba mencari post yang saya telah posting sekejap tadi itu didalam search engine.

Akhirnya, saya dapati bahawa update Aried itu telah dimasukkan kedalam data mereka dan membolehkan post terbaru itu sudah terindek didalamnya. Secara kesimpulannya, PING ini adalah satu proses penting supaya blog kita sentiasa updated pada search engine. Sekaligus, ini akan meningkatkan lagi trafik blog anda ! Jadi, untuk meningkatkan trafik blog anda, rajin2 lah “ping” blog anda apabila anda telah mengupdate blog anda. Disini saya ingin kongsikan beberapa website “PING” yang saya tahu@guna untuk “ping” blog saya ini * Ping-0-matic * Weblogs * Pingler * Pingoat. Anda boleh lah mencari banyak lagi website lain yang menjalankan operasi “ping” ini, Tanyalah PakCik google ya

No comments: