Saturday, July 30, 2011

Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik

Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari anda kecuali Dia mengantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat pendek. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Dan sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama dan lebih mulia. Namun berapa ramai yang mengakui akan realiti ketentuan ini ? Kesejahteraan dan kebahagian bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.

No comments: