Sunday, July 24, 2011

Tips Kejayaan Bermain Ping Pong - Part 1

Tentukan Target. Target diperlukan untuk peningkatan pada setiap level. Tentukan target jangka pendek dan jangka panjang. Contoh : Saya akan memenangi division IV pada tournament lokal yang akan datang. Atau saya akan memenangi tournament terbuka Malaysia. Tulis setiap pernyataan target dilengkapi dengan 5 langkah strategi untuk mencapai target tersebut. Letak salinan target ini di tempat boleh dibaca dan dibaca sebelum kita berlatih.

Gunakan peralatan berkualiti. Jika kita ingin bermain seperti pemain profesional, kita perlu menggunakan peralatan berkualiti. Yang terbaik tidak selalunya yang mahal. Ikut kesesuaian anda.

Senaman. Bahagian terpenting. Lakukan senaman 10 minit sebelum dan sesudah latihan. Panaskan badan dengan jogging 5-6 minit, kemudian regangkan semua otot mulai dari kepala ke bawah sampai dengan jari kaki. Regangan akan meningkatkan kelenturan, mengurangi risiko cedera dan membuat tubuh bersedia untuk bergerak cepat ketika bertanding. Berjalan, berlari, berenang dan lainnya adalah cara yang baik untuk meningkatkan permainan dan kesihatan pada umumnya. Lakukan 2 hingga 3 kali selama 15-20 minit.

Temui teman sepermainan. Teman sepermainan adalah orang yang kita dapat berlatih secara regular. Semakin dekat level permainnya dan komitmen untuk berkembang, semakin baik hasil yang dicapai. Rencanakan sebanyak mungkin latihan dalam seminggu dan jadualkan untuk mengikuti tournament bersama-sama untuk meningkatkan permainan. Teamwork yang terbina dengan kerjasama kompetitif akan dekat kepada kejayaan.

Gerakkan kakimu. Latihan footwork sebanyak mungkin, semakin cepat footwork akan memudahkan pukulan terbaik selama pertandingan. Penempatan footwork secara tepat lebih baik dibanding penempatan kaki yang sudah ditentukan. Mintalah teman berlatih/pelatih agar menempatkan bola di sekeliling meja dan kita bergerak memukul bola dengan pukulan yang kita rencanakan. Konsistensilah dan hitunglah jumlah pukulan sebelum lupa. Jika sudah konsisten, tingkatkan area yang boleh dijangkau. Latihan footwork akan membantu mencapai target yang kita canangkan.

Latihan service. Service adalah salah satu keahlian yang boleh dilakukan tanpa partner. Siapkan saja bola dengan jumlah banyak dan meja kosong. Gunakan sebanyak mungkin pergelangan tangan dan cubalah untuk bermacam-macam spin (Chop, topspin dan no-spin) dari gerakan yang sama. Servis pendek sulit untuk diserang, sedangkan servis panjang digunakan untuk mengejutkan dan membingungkan lawan. Jangan lupa untuk servis tanpa spin dalam pertandingan. Semakin servis kita asli dan menipu, semakin mudah bagi kita untuk menyerang bola ketiga.

Latihan Pengembalian Service. Ajaklah teman untuk memberikan servis ke semua tempat di meja dengan jenis spin berbeza sebanyak mungkin. Menghadapi servis panjang (Hanya satu kali memantul di meja), serang dengan pukulan loop. Servis pendek dapat dikembalikan dengan pukulan push atau flip dengan penempatan yang bagus. Pukulan flip dihasilkan dengan pergerakan tangan cepat dan sedikit gerakan tangan ke depan. Jangan lupa untuk dekatkan ke bola pada flip backhand dan ke samping bola jika menggunakan forehand.

Bermain net dan ujung. Setiap permainan biasanya 3 atau 4 bola yang mengenai net atau ujung meja. Kerana banyak game ditentukan dengan perbezaan 5 point, kita tidak boleh membiarkan point ini berlalu dengan mudah. Cara terbaik untuk meningkatkan kemampuan untuk mengembalikan bola ini adalah mencubanya dalam latihan. Kemudian kita akan dapatkan feeling untuk mengembalikannya secara optimis. Percaya atau tidak, bola net lebih mudah dikembalikan daripada bola biasa jika kita siap untuk itu.

Gigihlah. Jangan biarkan bola mengenai tanah tanpa ada ayunan bet kita. Cubalah untuk setiap bola yang bagaimanapun, sebab setiap point berharga. Chop or Lob bukan pilihan yang salah jika hanya itu pilihannya. Teruslah berusaha untuk mengembalikan bola di luar jangkauan kita yang akan membantu kita membuat langkah yang cepat atau refleks yang bagus. Lawan kita akan takut jika pukulan terbaik mereka boleh dikembalikan dan mereka akan yakin bahawa tidak ada point yang mudah.

Tanya dirimu. Jangan pernah memandang rendah diri sendiri. Sejalan dengan fikiran positif, ekspresikan ketika kita bermain. Gunakan kalimat, “aku boleh”, “Inilah aku” untuk menjaga semangat kita agar tetap tinggi. Tidak ada yang salah dengan semangat tinggi, hanya jangan keterlaluan sehingga lupa tujuan sebenarnya.

No comments: