15 Julai, 1389 tahun yang lalu di bumi Arab, satu peistiwa penting telah mengubah umat manusia dan alam ini buat selama-lamanya. Semua muslim tahu bahawa permulaan takwim Hijrah atau kalendar Islam ialah pada 1 Muharam, berdasarkan perjalanan hijrah nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Yathrib yang kini dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Sejarah penggunaan kalendar Hijrah ini bermula pada zaman pemerintahan Khalifah al Mukmin yang kedua, Saiyyidina Umar al Khattab. Baginda SAW sendiri tidak pernah menggunakan takwim Hijrah ini kerana ia hanya mula digunakan pada tahun 632 Masehi iaitu selepas kewafatan baginda dan juga Khalifah al Mukmin yang pertama Saiyyidina Abu Bakar as Siddiq.
Sewaktu Saiyyidina Umar menerima sepucuk surat daripada seorang sahabat Rasulullah SAW, yang bernama Ya'la bin Umayyah dari Yaman, baginda telah tertarik pada surat tersebut yang menyertakan tarikh berserta tahunnya sekali. Kebiasaan umat Islam pada zaman itu, hanya menulis tarikh tanpa tahun. Perbuatan Ya'la itu telah mendapat perhatian baginda, lalu Saiyyidina Umar pun bermesyuarat dengan para sahabat yang lain. Dalam mesyuarat tersebut, diputuskan supaya, satu sistem takwim berdasarkan penghijrahan Rasulullah ke Madinah seperti yang diamalkan Ya'la. Bermula pada hari itu, 20 Jamadil Akhir 17 Hijrah, bermulalah penggunaan takwim Hijrah di kalangan umat Islam.
Permulaan kalendar ini kembali kepada waktu maghrib 14 Julai 622 Masehi, pada jam 7:34 malam sewaktu masuknya hari pertama dalam tahun Hijrah, permulaan hijrah nabi SAW, 1 Muharram 1 Hijrah (Planet Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun dan Marikh sejajar di ufuk barat malam itu ). Pada siang hari 1 hijrah pertama, keesokan harinya 15 Julai 622 Masehi, semua bayang matahari di bahagian siang dunia, (Tepat pada tengahari) menunjukkan ke arah Kaabah di Mekah. Keadaan yang sama sentiasa berulang pada 15 Julai setiap tahun, namun anjakan matahari di atas Kaabah pada zaman sekarang telah berubah dari 15 ke 16 Julai. Peristiwa ini dikenali sebagai istiwa.
Keadaan bintang di langit sangat menakjubkan pada hari tersebut kerana lapan cakerawala sejajar pada detik kemuncak matahari berada tepat di atas Kaabah. Telah ditakdirkan Allah, takwim Hijrah bermula pada zaman Siyyidina Umar, hasil pengiraan falak pada tahun itu, 1 Muharram setelah dikira jatuh pada tarikh 15 Julai 622 masehi. Sebenarnya tarikh sebenar Nabi SAW berhijrah ialah 2 Rabiul Awal bersamaan 13 September 622 Masehi dan sampai di Yathrib pada 12 Rabiul Awal 1 Hijrah bersamaan 23 September 622 masehi. Oleh kerana pengiraan semula falak pada zaman Saiyyidina Umar, tarikhnya telah direset kembali untuk disejajarkan dengan takwim baru Hijrah. Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment