Friday, June 24, 2011

Tips Bermain Ping Pong

Ketenangan adalah penting bila anda sedang bermain dalam sesuatu kejohanan. Dengan perasaan yang tenang, otak lebih cepat berfikir untuk menganalisa taktik yang akan digunakan. Jangan jadikan semangat yang berkobar2 menghapuskan ketenangan. Tenang dan kemudian diikuti dengan semangat. Salah satu daripada teknik untuk membaca serves lawan adalah melihat kepada kombinasi pergerakan, tenaga, corak lantunan bola dan putaran bola melalui logo pada bola pingpong.

Ada pendapat mengatakan, serve yang bagus adalah serve yang membolehkan kite untuk menyerang dan tidak mudah untuk pihak lawan untuk mengawal, bukan untuk memikirkan "makan servis" jek, kite sendiri yang set bola untuk menyerang. Asas pingpong ialah kita bermain dengan mengenal pergerakan/pusingann bola dan pusingan bola ini dibahagikan kepada 5 kumpulan yg besar iaitu (Down Spin, Top Spin, Side Kiri, Side Kanan, Free Ball).

Saya rasa semua orang dah tau dan apabila kita dah kenal bola, baru kita tahu apa jenis bola yang dihantar kepada kita dan kita dapat menghantar bola itu kepihak lawan dengan sebaik-baiknye dan apa yang paling penting kita tahu / faham apa yang kita buat dan sekiranya ada kesilapan baru kita senang untuk memperbaikinya.

Apabila kita dah kenal bola baru kita memerlukan teknik yang betul untuk membuat hantaran yang baik dan apa yang diajar pada saya dulu ialah teknik pukulan pada forehand/backhand terbahagi kepada 5 pukulan (Smash, Top Spin, Block, Drive, Flick / Flip) mengikut tindakan susulan yang betul (Follow True) dan bagi saya seseorg pemain yang baik memang mempunyai ke lima2 teknik tersebut dan dia tahu bila nak menggunakan teknik pukulan itu.

Saya pernah tanya pada coach saya apakah teknik pukulan yang terbaik yang perlu kita pakai dalam game, dia cakap teknik top spin adalah yang terbaik sebab peratusan untuk dia masuk adalah lebih tinggi dan kelemahan top spin ialah dia bukan bola pembunuh sebab kebanyakan top spin ramai orang boleh blok, tapi kalu kita membuat pukalan susulan seperti smash dan flick baru orang takleh blok
.

No comments: