Tuesday, June 28, 2011

Portal Kerajaan Malaysia Menjadi Sasaran Anonymous

Tiba-tiba nama “Anonymous” menjadi perhatian dunia. Lebih-lebih lagi dunia Internet. Anonymous adalah satu kumpulan yang tidak di kenali telah menjadi dalang kepada lumpuhnya beberapa website terkemuka di dunia. Mereka bukan satu badan organisasi, mereka bukan badan kerajaan, mereka bukan ahli kelab juga mereka tiada ketua. Tiada siapa yang mengetahui identiti sebenar mereka ketika ini. Yang pasti mereka ada Hacktivist. Atau dengan kata yang paling mudah difahami, mereka adalah hackers atau penggodam. Mereka telah mula menggodam banyak laman web terkemuka di dunia seperti Laman Web Polis Sepanyol, Laman Web Kerajaan Turki, Church of Scientology, Motion Picture Association of America dan Recording Industry Association of America. Ada juga spekulasi yang mengatakan, kumpulan Anonymous ini juga bertanggungjawab menggodam laman web Sony Playstation. Mereka telah bergiat lama dan kerja-kerja hacktivist ini. KINI Portal Kerajaan Malaysia menjadi sasaran Anonymous. Mereka akan melancarkan serangan ke atas portal Malaysia.gov.my pada hari Khamis (16 Jun 2011) jam 3.30 pagi waktu tempatan.

No comments: