Tuesday, June 14, 2011

Perlu Bersukan Untuk Minda Yang Sihat

Lama jugak duduk senyap tak menampal apa-apa di dalam blog, terasa rugi benar. Kegiatan meng-komen di blog orang lain pun agak berkurang ditambah lagi mode tidak sempat meng-update kerana ada sukan jabatan (SUKNA) di Utara. Sebenarnya saya telah diserang penyakit 'Ketagih-Bermain-Ping-Pong'. Penyakit inilah yang telah mengurangkan masa saya di depan komputer lalu terus ajak member main ping pong. Menghadap komputer 8 jam, main ping pong pulak 18 jam, hahaha. Memang patut pun saya bersukan. Memang patut saya keluarkan peluh. Dua tiga orang sahabat sudah menegur keadaan saya yang kian 'mengurus' dan muka pucat lesu, walaupun tidak demam tetap jua kelihatan pucat. Apa kaitan bersukan dan muka pucat ? sebab muka saya memang putih la, ahakahak. Teringat satu ungkapan, 'Minda yang sihat terletak pada badan yang sihat'. Sesuai betul ungkapan ini untuk diri sendiri. Maksudnya, kalau nak ada minda yang sihat, perlu ada badan yang sihat. Badan tidak sihat, minda pun tidak dapat berfungsi dengan sihat. Macamana nak berkerja dengan baik kan ? Kesimpulannya, jangan melampau sangat menghadap komputer. Nak sihat, badan pun kena keluarkan peluh dengan bersukan. Jom main ping pong ! nak try ker getah sriver saya, huhu

No comments: