Tuesday, June 21, 2011

Kepentingan Kemahiran Pertolongan Cemas

Tolong ! tolong ! siapa boleh bantu ni, mangsa berdarah banyak ni, ader sesiapa yang boleh bantu ? Pernahkah Tuan/Puan menghadapi suasana begini ? Perasaan ingin membantu terdetik dalam hati tapi x tau nak buat apa, Betul tak ? Tahukan anda ilmu asas asas pertolongan cemas perlu ada dalam kehidupan kita sebagai manusia. Ilmu asas pertolongan cemas telah didedahkan di peringkat sekolah rendah lagi. Pernahkan anda semua bertanya pada diri sendiri apakah yang akan dilakukan sekiranya mengalami hal-hal kecemasan yang berkaitan kemalangan ? Dan berapa banyakkan ilmu asas pertolongan cemas yang anda miliki ? Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat seseorang cedera akibat kemalangan.

Keadaan itu sering berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja sama ada di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di kompleks perniagaan, di jalan raya dan sebagainya. Bantuan awal pertolongan cemas perlu diberi bagi melegakan mangsa dan mengelakkan daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk sebelum mendapatkan bantuan pakar. Tahukah anda ? Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa adalah seperti menghentikan pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekik dan melecur.

Selain itu, kecemasan juga melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Dimana mangsa sering berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan yang mana sekiranya lambat mendapatkan bantuan awal menyebabkan kematian. Pernahkah anda terfikir dengan memberikan bantuan kecemasan yang salah akan mengakibatkan lebih mudarat lagi ? Tanpa pengetahuan yang jelas, seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat.

Dalam kes tertentu, bantuan yang diberi bukan dapat melegakan penderitaan mangsa sebaliknya menjadi lebih serius. Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa. Ilmu asas pertolongan cemas amat berguna kerana pertolongan awal yang diberikan kepada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Ilmu pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul.

Tahukah anda dimanakah Ilmu pertolongan cemas boleh dipelajari ? Yerr.. betul…melalui latihan khas oleh pakar perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan juga dikendalikan oleh organisasi dan pertubuhan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam, Kadet BOMBA, Academy Of Safety And Emergency Care (ASEC) dan St. John’s Ambulance. Latihan pertolongan cemas lebih sesuai dilakukan dengan menghadiri kelas. Bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan sedemikian boleh juga mempelajarinya melalui buku sebagai pengetahuan asas.

Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk membantu orang lain. Dalam kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri sendiri. Banyak kes kemalangan yang berlaku ketika tiada orang lain berhampiran. Dalam kes sedemikian, mangsa perlu bertindak sendiri untuk menyelamatkan diri. Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad. Namun amat berguna untuk mengelak daripada kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan mudah kecemasan terhadap diri sendiri mungkin satu tindakan menyelamatkan nyawa. Justeru, mempelajari asas pertolongan cemas amat penting. Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anak amat perlu mengetahui asas pertolongan cemas.

No comments: