Thursday, June 23, 2011

Antara Ijazah Dengan Sijil

Selama saya bekerja banyak student saya telah temui dari pelbagai IPTA/IPTS yang berkhidmat secara sementara di jabatan saya. Jurusan² dalam bidang IT terutamanya, telah berkembang dengan banyak. Saya pun tak tau sejak bila IT ni telah mempunyai banyak pecahan. Ketika zaman saya belajar dulu, bahagian pengkomputeran hanya terbahagi kepada 3, Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Komputer sahaja. Apa yang sedihnya, ceritanya begini. Ketika mereka sedang praktikal ditempat saya. Mereka hanya berkebolehan membaiki komputer sahaja, atau lebih kepada troubleshoot komputer seperti format/install windows, crack software (hahaha), gantikan RAM. Apa sudah jadi ? kebanyakkan mereka adalah pemegang ijazah, tapi kenapa ilmu pengetahuan/kebolehan mereka ditahap juruteknik komputer ? Bukan tidak bagus memiliki keupayaan troubleshoot komputer, tetapi kebolehan demikian hanya berada diparas pemegang sijil saja. Jadi kemanakah skill ijazah yang belajar di IPTA/IPTS ? Mereka ini adalah bakal² pegawai, tetapi takkan tahap kebolehan ditahap juruteknik ? Dimana silapnya ? Saya nasihatkan khas, kalo skill ditahap juruteknik SILA LAH UPGRADE pengetahuan sepadan dengan segulung ijazah yg bakal saudara/saudari genggam itu, hehe. Sebenarnyer ada cerita tersirat daripada cerita ini, nanti saya beritahu cerita selanjutnya.

No comments: