Sesawang : Tidak Semuanya Baik
Secara kasarnya terdapat 186 juta buah laman sesawang diseluruh dunia yang bergelar internet. Manakala jumlah blog pula adalah 133 juta. Ini adalah rekod yang dikeluarkan oleh Pingdom untuk menunjukkan bahawa terdapat terlalu banyak laman di internet yang boleh dilawati oleh semua orang. Masalah yang utama kini adalah tidak semua laman di internet itu bagus dan sesuai untuk dikunjungi oleh semua orang. Secara ringkasnya, dunia internet ini adalah dunia yang gelap, terlalu banyak rumpai di atas padang yang rata.
Tapisan Sesawang
Masalah utama yang menimpa pengguna internet kini adalah mereka terlalu percayakan sesuatu produk daripada internet yang diambil daripada laman sesawang pihak ketiga seperti tucows dan filehippo. Bukan saya mahu mengatakan bahawa mereka ini mengeluarkan aplikasi yang bahaya tetapi kadang kala mereka hanya mampu mengimbas aplikasi itu daripada luaran dan bukannya menggunakannya satu persatu untuk di uji keberkesanannya dan kemampuannya ataupun risiko masalah yang akan menimpa pengguna apabila menggunakan sesuatu aplikasi itu. Begitu juga apabila memasuki laman sesawang yang melibatkan penggunaan pemindahan wang secara atas talian seperti eBay dan lelong. Kadang kala terdapat beberapa beberapa laman yang mengambil peluang untuk menipu pelanggan. Perkara ini harus kita elakkan untuk keselamatan bersama. Itu tidak dikira berapa banyak pula laman yang mempunyai unsur lucah, pronografi, virus dan juga melakukan penggodaman.
Komuniti Sekuriti
Jika kita ketahui bahawa tiada antivirus dan perisian keselamatan yang betul betul bagus untuk kegunaan bersama, mengapa kita tidak bertanya kepada seuruh komuniti internet tentang pendapat mereka untuk satu-satu laman yang mengeluarkan sesuatu produk mahupun laman yang selamat untuk dilayari oleh kita. Disini lahirnya WOT : Web Of Trust atau dapat dinyatakan didalam bahasa Malaysia, "jaringan kepercayaan". Kerana didalam WOT, semua orang berhak untuk memberi pendapat mereka didalam mana-mana laman sesawang yang mereka masuki. Dan juga mampu untuk memberi markah tertentu untuk sesuatu laman. Dan boleh juga dinilai oleh orang lain yang memasuki laman tersebut. Dan sekaligus membantu anda daripada menjadi mangsa laman yang merbahaya.

No comments:
Post a Comment