Monday, May 23, 2011

Tonton Drama Korea Melalui Maaduu

Maaduu adalah website baru di mana anda boleh menonton drama Korea secara percuma. Berbeza dengan dramacrazy, mysoju dan sebagainya, Maaduu adalah dicipta oleh rakyat Malaysia dan perkhidmatan Maaduu adalah legal dan bukan illegal subbing dan sharing. Buat masa sekarang Maaduu masih lagi dalam Beta tetapi anda semua boleh mula menonton sekarang dengan mendaftar keahlian percuma.

Jumlah drama yang ada juga masih sedikit, tetapi beberapa drama popular seperti Boys Over Flower, Coffee Price, Princess Hours, A Love to Kill, Winter Sonate, Autumn in My Heart dll tersedia ada untuk ditonton. Selain drama korea, anda juga boleh menonton Music Bank. Peminat drama korea mesti suka Maaduu sebab mereka ada lebih banyak alternatif untuk menonton drama kesukaan mereka. Saya bukanlah peminat tegar drama korea, cuma tengok beberapa drama yang popular sahaja.

Antaranya drama IRIS, iaitu drama korea terbaik pernah saya tonton selama ini. Banyak aksi hebat, spy, terrorist, assasination, hacking, nuclear war dan penggunaan teknologi canggih. Serius drama IRIS sangat hebat dan harus ditonton walaupun anda tidak pernah tengok drama korea sebelum ini. Buat masa sekarang, saya dapati banyak bugs pada website Maaduu. Playlist tidak menjadi, search kadang2 0k x ok jew. Harap maaduu boleh fix masalah ini di masa hadapan. Layari www.maaduu.com

No comments: