Monday, May 23, 2011

Sistem Sokongan eTicketSupport

Dalam dunia internet tanpa sempadan sistem sokongan online amat penting. Jika dalam dunia realiti, talian telefon amat penting dalam perhubungan manakala dunia internet dan email adalah sebagai penghubung. Boleh dikatakan setiap pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun malah ada yang lebih dari satu email. Banyak syarikat yang menyediakan email secara percuma. Antara penyedia perkhidmatan email yang popular adalah Yahoo dan Gmail. Satu masalah yang pasti dialami oleh setiap pengguna email adalah email spam. Sebenarnya email spam bergantung kepada pengguna sendiri. Salah satu cara untuk mengelak kita menerima email spam, jangan mendedahkan alamat email untuk tatapan umum. Bagi webmaster atau mereka yang terlibat dalam perkhidmatan secara online, sistem sokongan amat perlu. Untuk mengelak email spam, ramai yang menggunakan sistem atau script. Banyak sistem atau script yang boleh digunakan secara percuma. Salah satu yang popular adalah eTicketSupport. Saya belum pernah menggunakan script ini dan tidak mengetahui sejauh mana kerberkesanan sistem ini. Mungkin dalam sedikit masa lagi saya akan menggunakan script ini.

No comments: