Adalah dikisahkan di suatu malam yang hening. Telepon di rumah seorang pustakawan telah berdering. “Kring kring…Kring kriiinngggg” Hello, Maaf mengganggu encik di tengah malam begini. Saya nak tanya, pukul berapa perpustakaan akan di buka yer ? Pukul 9 pagi encik. Ada apa hal yang penting sangat, sampai encik menelefon saya tengah2 malam buta nie ? Tanya pustakawan tadi dengan nada geram. Tolonglah encik, tak boleh buka awal lagi ke ? Rayu pemuda itu dengan bersungguh2. TIDAK, perpustakaan tidak akan dibuka sehingga pukul 9 pagi, si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. Eh, penting sgt ker, sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi utk masuk ke perpustakaan? Hello encik, siapa kata saya mahu masuk ? kata pemuda itu kesal. “SAYA MAHU KELUAR LAH ! Saya telah terkunci di dlm perpustakaan ni” Pustakawan : %#$@^&
Wednesday, May 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment