Tuesday, May 10, 2011

Perkara-Perkara Untuk Blogger Tahu

Takde masalah untuk mengajak kawan & keluarga untuk membaca blog kita, tapi jangan berkecil hati kalau mereka tak baca. Bukan semua orang minat dengan penulisan kita, semua orang berbeza kemahuan dan kegemaran. Jadi kalau nak ramai orang baca blog kita berikan apa yang orang nak. Tulis sesuatu yang orang nak baca, nak tahu. Bukan semua entri kita org minat baca. Ada beberapa entri yang tidak diminati oleh sesetengah orang dan mereka tidak akan membacanya. Normal lah macam tu. Macam beli surat khabar, korang baca tak semua berita yang disampaikan, atau memilih bahagian tertentu untuk dibaca je ?

Pembangunan blog tak berlaku dalam satu malam, atau satu bulan atau mungkin juga satu tahun. Pembangunan blog ni berterusan sampai bila2. Jadi kalau nak mengharapkan trafik yang tinggi dalam masa yang singkat adalah sesuatu yg susah, kecualilah korang ni artis terkenal . Kalau tengok blog2 yang hebat dan banyak follower, awal2 dulu mana ada apa2. Nak dapat 10 komen pun kena penat bertungkus-lumus. Blog perlu ada matlamat dia sendiri. Kalau buat blog buta2 tanpa matlamat dan hala tuju, susah untuk dapat pembaca tetap. Blog ni kadang2 macam politik.

Kalau main politik tapi matlamat kejap2 berubah, sekejap cerita itu, sekejap ini, lama2 orang hilang minat dan kepercayaan. Sama halnya dalam blog, blogger corakkan blog dia macam mana yang dia nak dan jangan ubah. Perubahan dan penambahan boleh, cuma biarlah ianya selaras dengan pembangunan blog dan memberikan kesan yang positif. Isi kandungan adalah elemen terpenting dalam blog. Orang baca blog untuk mendapatkan input berbeza daripada individu lain jadi elakkan daripada menciplak idea orang lain atau lebih buruk lagi copy paste. Ada minda, fikir sendiri dan luahkan melalui blog.

Luahkan pemikiran, bukan emosi tapi kadang2 emosi juga boleh memainkan peranan untuk menyentuh hati pembaca. Isi kandungan blog yang efektif adalah yang boleh membuatkan pembaca blog tertunggu2 untuk kemaskini seterusnya daripada blogger tersebut. Tak salah sekali sekala untuk mencuba sesuatu yang baru atau menulis luar dari topik yang biasa kita tulis. Cuma penulisan tu hendaklah dilakukan dgn bersungguh2 dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Keunikan sesebuah blog terletak pada penulis blog tersebut dan buah fikirannya.

Isi yang lain daripada yang lain boleh memberikan nafas baru pada blog dan boleh diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca. Blog perlulah kelihatan kemas atau sekurang2nya presentable. Manusia suka benda yang cantik, oleh itu jadikan blog kita cantik. Penggunaan warna yang menyenangkan mata pembaca adalah penting supaya pembaca tak lari kerana warna terlalu bercelaru atau menyengat mata. First impression itu penting dan kalau ada blog kena pastikan first impression kita sentiasa positif kerana tiap2 hari memang akan ada pembaca yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog kita.

No comments: